Sejarah

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27

SMK Seksyen 27, Shah Alam dibuka pada awal Januari 2004. Seramai 20  orang guru mula mengajar di sekolah ini. Walaupun sekolah telah dibuka tetapi masih belum mempunyai Pengetua. Sekolah pada ketika itu dipimpin oleh Puan Salamah bt Abd Manap selaku PK Pentadbiran dan Pn Siti Zaleha bt Atan selaku PK HEM. Sekolah juga belum mempunyai PK Kokurikulum. Pengetua pertama, telah melaporkan diri ke sekolah pada pertengahan Januari 2004. Pada mula pembukaannya, SMK  Seksyen 27 mempunyai enam orang staf sokongan yang terdiri darapada tiga orang pembatu am rendah iaitu PN Nor Ain bt Muhamad Aijam, Cik Hanim Samsuri dan En Fairuz bin Kamaludin, seorang pembantu makmal iaitu Pn Maslina bt  Abdul Wahab dan  seorang kerani iaitu Pn Hasnah bt Zainal .

Pengetua kedua adalah Tuan Haji Nashan bin Singgan yang berkhidmat dari 1 Januari 2005 hingga 16 Februari 2009. Semasa Pentadbiran beliau, 2 orang Penolong Kanan Pentadbiran telah berkhidmat. Pn. Hajah Megawati bt Hasbullah telah berkhidmat sebagai Penolang Kanan Pentadbiran dari 16 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008. Beliau kemudian telah dilantik menjadi Pengetua di SMK Taman Sri Muda. Kekosongan tempat beliau telah diganti oleh Pn. Wan Sepiah binti Wan Din ( 16 Jun 2008 hingga 17 Ogos 2009 ). Penolong Kanan  HEM, Pn. Zaleha bt Atan telah berpindah sekolah pada 16 Februari 2005  dan diganti oleh Tn. Haji Syawaluddin bin Shaari bermula dari 16 Februari 2006 dan bersara pada 29 julai 2009. Penolong Kanan Kokurikulum, En. Gorge Thamas telah menamatkan perkhidmatan beliau dan bersara pada       15 Januari 2007. Tempat beliau sebagai PK Kokurikulum telah diganti oleh Tn. Haji Baharuddin bin Hassan bermula  2 April 2007

Pengetua yang ketiga ialah Datin Hajah Jamaliah bt Juni yang mula berkhidmat  pada 1 Julai 2009 hinggalah  sekarang. Semasa perkhidmatan beliau, Pn. Wan Sepiah bt. Din berpindah ke Perak, beliau diganti oleh Pn. Hajah Zuridah bt. Dzulkifli bermula dari 16 September 2009 hinggalah  sekarang. Selepas persaraan Tn. Haji Shawaluddin daripada PK HEM, Tn. Haji Baharuddin bin Hassan iaitu PK Kokurikulum telah dilantik sebagai PK HEM iaitu bermula pada 1 Oktober 2010 sehingga sekarang. Manakala tempat beliau sebagai PK Kokurikulum telah diganti oleh Pn. Khairun Aznida binti Mokhtar (1 Oktober 2010) sehingga sekarang

Dari segi kedudukan,  SMK  Seksyen   27, Shah Alam terletak di  bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Dearah Petaling Perdana. Sekolah  ini mempunyai keluasan kira-kira 14.57 ekar dan terletak dalam kawasan perindustrian. Terdapat banyak kilang yang  berdekatan dengan sekolah ini . Antara yang paling hampir ialah Kilang Sharp dan MetTube . Sekolah ini juga berdekatan dengan beberapa sekolah lain iaitu SK Tamil, SK Seksyen 27 (1) dan SMK Alam Megah. SMK Seksyen 27 juga berhampiran dengan kawasan perumahan. Lantaran itu, kebanyakan pelajar yang mendaftarkan  diri  disini tinggal berdekatan dengan sekolah. Jarak diantara SMK  Seksyen 27 ke PPD Petaling ialah 10 km. Manakala jarak sekolah ke pusat Bandar Shah Alam ialah 15 km.

Bilangan pelajar yang bersekolah disini pada tahun 2004 adalah seramai 300 orang. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Pada tahun yang sama, tiada tingkatan tiga dan lima. Kelas yang dibuka ialah kelas 1 Perdana, 1 Wira, 1 Iswara dan 1 Waja. Manakala kelas tingkatan dua pula ialah kelas 2 Perdana, 2 Wira dan 2 Iswara. Kelas tingkatan 4 pula sebanyak 3 kelas iaitu 4 Perdana, 4 Wira dan 4 Iswara. Kesemua tingkatan 4 mengambil aliran perdagangan dan sastera.

Pada tahun 2010, Kelas PPKI telah mula beroperasi dengan jumlah pelajar  10 orang iaitu 3 kelas dan bertambah menjadi 35 orang ( 5 kelas) pada tahun 2013. Pembukaan Kelas  Rancangan Khas (KRK)  dan Kelas Aliran Arab (KAA)  telah dilaksanakan sejak tahun 2012  iaitu  1 kelas KRK  ( 1 Arif ) dan 1 kelas KAA ( 1 Bestari)

Daripada tahun permulaan iaitu 2004 hingga 2005 masih tiada sebarang pengubahsuaian pada bangunan  dalam kawasan sekolah. Sehinggalah awal tahun 2006 terdapat perubahan pada bilik mesyuarat dan pada ruang dewan terbuka. Di sini juga telah dibina pentas batu dan dinding bagi penghalang pandangan ke tandas guru lelaki  di bahagian bawah. Di sinilah kebanyakan aktiviti sekolah dijalankan. Pengubahsuaian bilik mesyuarat pula ialah kebanyakan tingkap asal telah dirobohkan dan dibina dinding. Pengubahsuaian ini bertujuan menghalang pandangan pelajar yang lalu-lalang dihadapan koperasi untuk membeli makanan pada waktu rehat.

Pada tahun2004, kedai koperasi yang asal nya terletak dihadapan foyer telah dipindahkan ke tempat sekarang. Pada tahun 2006, bilik pengawas telah diubahsuai untuk menjadi kedai koperasi yang ada sekarang. Bilik pengawas pula ditempatkan dihadapan billik mesyuarat.

Untuk menjaga keselamatan pelajar dan harta sekolah, kebanyakan laluan untuk ke tingkat atas bangunan telah dibina jeriji  besi yang menepati ciri keselamatan.

Bilik bilik khas telah mula diwujudkan bermula pada akhir tahun 2009 seperti Bilik Dokumentasi, Bilik Sidang Redaksi, Bilik Kokurikulum, Bilik Wudhuk, Bilik Jamuan dan Bilik PBS. Manakala bilik-bilik sedia ada yang telah dinaik taraf.

Bangunan tandas baru dan berasingan dari bangunan sekolah telah dibina oleh KPM pada tahun 2011.

Hasil daripada hubungan baik dengan pihak luar, sama ada orang perseorangan mahupun syarikat pada tahun 2012,  arca moto sekolah “ Ke Arah  Kecemerlangan” telah dibina atas sumbangan Prof. Ramlan  bin yang merupakan bapa kepada salah seorang daripada pelajar di SMK Seksyen 27 .

Wakaf Proton telah dapat dibina  atas sumbangan Proton Holdings dan tiga  buah pondok bacaan hasil   sumbangan dari Giant.

Persekitaran sekolah juga telah banyak perubahan bermula akhir tahun 2009. Antaranya adalah pentas dataran Budiman yang telah diperbesarkan, Dewan ixora dinaik taraf, Dewan Dahlia, surau dan  kelas PPKI  (dalam proses).

SEJARAH PENTADBIRAN SEKOLAH

Pengetua

 

Pengetua

pk hem

pk ko

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: