Posted by: smks27 | 4 September 2014

Sepatah kata dari Pengetua

Assalamualaikaum wbt.

Dikesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berkenalan kepada semua guru dan pelajar SMK Seksyen 27.

Kepada para guru dan para pelajar , selaku pengetua baru di sekolah ini saya amat berharap mendapat kerjasama yang baik dari anda semua. Marilah kita bersama-sama berganding bahu menaikkan nama sekolah kita dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Kepada

pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM, buatlah bersungguh-sungguh. Kejayaan anda ada ditangan anda. Semua guru sentiasa mendoakan kejayaan anda.

Kepada para guru,  berusahalah dengan ikhlas, bantulah anak didik kita bersungguh-sungguh, semoga kita semua dirahmati Allah swt.

“KEJAYAAN ANDA TERLETAK DI TANGAN ANDA SENDIRI  – USAHA, DOA  DAN  TAWAKKAL ”

” JADIKAN

HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM  DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI ”

“27 TERBAIK”

IMG_1028CROP

Pn. Hjh Mahani Bt Misran

Pengetua

SMK Seksyen 27

Advertisements
Posted by: wanzariati | 4 September 2014

Aktiviti Minggu Ini

 

Posted by: wanzariati | 4 September 2014

Dari Meja Pengarang

wan zariati

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Selamat bertemu kembali setelah sekian lama menyepi diri……

Berikutan keperluan adanya laman web sekolah untuk memberi maklumat dan infomasi kepada masyarakat berkaitan SMK Seksyen 27 dan juga program-program yang dijalankan, saya dengan segala kegagahan dalam kesempitan waktu yang ada ( terutamanya untuk memastikan anak didik berjaya dalam peperiksaan SPM)  berusaha juga untuk mengemaskini laman web ini walaupun tidak seberapa. Harapan saya ianya dapat memberi menafaat kepada semua orang.

Saya bukan seorang yang mahir dalam bidang IT, malah tidak pernah mengambil apa-apa kursus bidang ICT terutama pegendalian laman web. Oleh itu, segala kelemahan tidak dapat dielakkan dan harap dimaafkan.

Sekian terima kasih.

Pn. Hajah Wan Zariati Wan Bakar

 

 

Posted by: pengakap150petaling | 6 September 2013

Pelaksanaan SS & SIB Abdul Hakim Samuri 2

Posted by: smks27 | 12 December 2009

Manisnya sebuah kejayaan…

 

Posted by: smks27 | 12 December 2009

Akhirnya…

Laman ini masih perlu dikemaskini untuk dicantikkan. terasa penat kerana masih baru dalam dunia blogging. mohon tunjuk ajar semua supaya dapat menyempurnakan blog ini dengan sepenuhnya. insyaAllah.

Posted by: smks27 | 12 December 2009

Salam Ukhwah

Selamat Datang Semua…

Bersua kita di laman web baru yang telah berjaya dibangunkan ini. Masih terlalu awal untuk membentuk laman ini kerana masih kekurangan ilmu bagi mencantikkan dan memantapkan laman blog ini. InsyaAllah, dari semasa ke semasa akan diperbaiki terutama daripada segi kandungan yang hendak disampaikan.

~ salam ukhwah ~

Categories